Monday, August 9, 2010

KEM KPA PERINGKAT KEBANGSAAN

Sempena Tahun Kepelbagaian Biologi, Malaysia Nature Society (MNS) dengan kerjasama Zoo Negara dan FRIM telah mengadakan Kem KPA Peringkat Kebangsaan bertemakan Kepelbagaian Biologi pada 15, 16, 17 dan 18 Julai 2010 di Bukit Lagong. Nik Mohd Zulhayiz B Zulkifli diringi En. Azhar sekali lagi terpilih untuk mewakili SMK Ampang Pecah (BESTARI) ke kem tersebut.

Kem yang telah berjaya mengumpulkan 160 ahli KPA dari seluruh Malaysia telah membawa para peserta ke Zoo Negara untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan dan mengenali beberapa spesies haiwan yang dilindungi di sana. Mereka juga dibawa melawat FRIM dan berkumpul di Nature Education Centre (NEC) untuk aktiviti berjalan malam dan membuat kajian serangga air dan darat.










TM EARTH CAMP ZON TENGAH


Pada 18, 19 dan 20 Jun 2010, Kelab Pencinta Alam (KPA) SMK Ampang Pecah (BESTARI) telah menghantar 2 orang wakil ke TM Earth Camp Zon Tengah di Frasers Pine Resort, Bukit Fraser. Mereka yang bertuah dari KPA SMK Ampang Pecah ini ialah:
  • NIK MOHD ZULHAYIZ B ZULKIFLI
  • NUR ATIQAH BT MAT SAMADI
Masing-masing memegang jawatan Pengerusi SMK Ampang Pecah dan Timbalan Pengerusi SMK Ampang Pecah (BESTARI). Kem ini telah mengumpulkan 50 buah sekolah dengan bilangan pelajar seramai 80 orang pelajar dari Zon Tengah iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya bersama-sama dengan 13 wakil Telekom Malaysia (TM).

Mereka didedahkan dengan Hutan Hujan Tropika dan Memerhati Burung (Bird Watching) sempena International Bird Race 2010. Sepanjang aktiviti di sana, mereka diiringi oleh En. Azhar, Guru Penasihat KPA SMK Ampang Pecah (BESTARI).